Chapman (dua dari kanan) melancarkan Shell Malaysia Online Store menerusi Lazada Malaysia di Kuala Lumpur. FOTO Lizam Ridzuan
Chapman (dua dari kanan) melancarkan Shell Malaysia Online Store menerusi Lazada Malaysia di Kuala Lumpur. FOTO Lizam Ridzuan
Lizam Ridzuan


SHELL Malaysia Trading Sdn Bhd melancarkan gedung rasmi dalam talian menerusi Lazada Malaysia sebuah platform e-dagang terkemuka tempatan.

Shell Malaysia Official Online Store memudahkan pemilik kereta di seluruh negara mendapatkan produk minyak enjin Shell Helix tulen dan perkhidmatan penghantaran di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pengarah Eksekutif Shell Lubricants, Asia Tenggara dan Oceania Troy Chapman berkata, Malaysia adalah negara pertama di rantau ini yang memperkenalkan pakej servis menerusi saluran rasmi dan pembeli boleh mengatur tempat servis, tarikh dan slot masa pilihan serta pengesahan dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Ini adalah satu inisiatif daripada Shell untuk kekal sebagai pendahulu pembekal minyak pelincir nombor satu dunia sepanjang 10 tahun lalu. Kami juga menawarkan Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W) pada 2016 untuk mengembangkan pasaran yang terbina sejak 125 tahun lalu," katanya ketika pelancaran.

Pakej serendah RM103 merangkumi minyak enjin Shell Helix, penapis minyak, caj perkhidmatan dan pemeriksaan 15-titik percuma ditawarkan dan tawaran e-baucar RM30 daripada Lazada Malaysia bagi setiap tempahan bermula dari 3 hingga 10 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Ogos 2017 @ 12:37 PM