Dr Mohd Shahreen (kanan) bersama Luqman pada sidang media kerjasama MATRADE dan Avana, semalam.
Dr Mohd Shahreen (kanan) bersama Luqman pada sidang media kerjasama MATRADE dan Avana, semalam.
Sofyan Rizal Ishak


Kuala Lumpur: Avana, penyedia teknologi platform e-dagang tempatan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan untuk menarik 2,000 pedagang dan pemilik perniagaan tempatan sedia dieksport menyertai platform e-dagang dan media sosial dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Pengasas Bersama Avana, Luqman Adris berkata, kerjasama antara syarikat dan Matrade itu menyaksikan Avana menjadi platform e-dagang terbaru di bawah program Matrade iaitu eTrade di mana ia akan memberi peluang kepada syarikat Malaysia dalam aktiviti eksport dengan memanfaatkan kelebihan e-dagang dan media sosial.

“Kerjasama ini bertujuan memperkasakan syarikat Malaysia terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerokai ekonomi digital dan pasaran global dengan kos lebih efektif,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara Matrade dan Avana di sini, semalam.

Program kerjasama antara Avana dan Matrade itu membabitkan pendidikan intensif dan latihan serta bimbingan bagi syarikat yang mengambil bahagian dalam tempoh tiga bulan.

“Akses kepada pasaran boleh didapati bagi setiap perniagaan sama ada skala kecil atau besar melalui media sosial seperti Facebook dan membolehkan jenama PKS bersaing adil,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros berkata, pihaknya percaya ada lebih banyak peluang bagi PKS meneroka dalam e-dagang rentas sempadan melalui pertambahan Avana sebagai platform e-dagang terbaru di bawah program eTrade.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 2:08 PM