GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

SYARIKAT minyak dan gas nasional, Petronas, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak.

“Petronas percaya penentuan oleh Mahkamah Persekutuan akan membantu memberikan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah PDA.

“Petronas kekal komited untuk menyokong aspirasi Sarawak menyertai dalam industri minyak dan gas di negeri itu, selagi ia berada dalam rangka kerja PDA,” kata syarikat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Jun 2018 @ 2:05 PM