PEMANDU Redbull, Max Verstappen (tengah) meraikan kemenangan di GP Malaysia pada 2017 sambil disaksikan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton. FOTO FAIL REUTERS

BERNAMA

Kuala Lumpur: Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan agensi berita antarabangsa mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

"Kami mengesahkan tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang," menurut Petronas dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan berprestij F1 diadakan di SIC setiap tahun dari 1999 sehingga kerajaan memutuskan untuk menghentikan acara itu pada 2017 berikutan penurunan pulangan yang ketara dan peningkatan kos penganjuran.

SIC bagaimanapun masih menjadi sebutan peminat F1, sekali gus mewujudkan spekulasi berterusan tentang potensi litar itu untuk kembali ke kejohanan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 10:22 PM