BAGNAIA meraikan kemenangannya. FOTO REUTERS
BAGNAIA meraikan kemenangannya. FOTO REUTERS
AFP

Mugello: Francesco Bagnaia memenangi Grand Prix (GP) Itali untuk melebarkan kedudukan pendahulu kelas MotoGP dan memberi kemenangan bermakna kepadanya serta pasukannya, Ducati yang berasal dari negara itu.

Kemenangan ketiga yang diraihnya setakat ini selepas Portugal dan Sepanyol memastikannya dapat menjarakkan kedudukan dengan pesaing terdekat, Marco Bezzecchi, yang terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan.

Jorge Martin menduduki tempat kedua manakala Johann Zarco melengkapkan penguasaan Ducati apabila meraih podium ketiga pada pusingan keenam musim ini di Mugello.

Bagnaia nyata menggembirakan puluhan ribu penyokong di halaman sendiri.

"Saya tak menjangkakan perlumbaan seperti ini. Tugas selesai, sekarang kami akan beri tumpuan perlumbaan seterusnya di Jerman minggu depan," katanya.

Dengan kemenangan itu, Bagnaia kini mengumpul 131 mata, lebih 21 mata berbanding pesaing terdekatnya, Bezzecchi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Jun 2023 @ 10:04 PM