AKSI Francesco Bagnaia musim lalu. FOTO AFP
AKSI Francesco Bagnaia musim lalu. FOTO AFP
Agensi

Rom: Gigi Dall'Igna menegaskan mereka 'tidak boleh bermain kotor' ketika ditanya adakah akan berlaku arahan pasukan di Ducati.

Lapan motosikal pengeluar Itali itu bersaing di kelas MotoGP pada musim ini, lebih banyak berbanding pengeluar lain sekali gus mencetuskan kebimbangan akan berlakukan arahan pasukan untuk beberapa pelumba pasukan itu.

Tahun lalu, Ducati mempunyai tiga pelumba yang bersaing untuk kejuaraan iaitu Francesco Bagnaia, Jorge Martin dan Marco Bezzecchi.

Pengurus besar Ducati itu kerap ditanya jika beliau lebih gemar melihat pasukan pengeluar muncul juara, isu yang menjadi tumpuan lebih-lebih lagi dengan tambahan kehadiran Marc Marquez bersama pasukan Gresini.

"Ia adalah sukar, bermakna kami perlu bertindak dengan semangat kesukanan dan tidak boleh bermain kotor.

"Ini adalah asas falsafah saya. Bermain kotor bermakna mengehadkan prestasi jentera jentera untuk menghalang pelumba daripada memenangi perlumbaan.

"Jorge Martin mempunyai kelebihan itu dalam memburu kejuaraan dunia tahun lalu. Tetapi tiada apa-apa perubahan pelik yang berlaku.

"Sasaran saya adalah untuk menang dan saya akan pastikan Ducati dapat melakukannya selama yang mungkin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 12:01 PM