Pemandu McLaren, Lando Norris. FOTO Agensi
Pemandu McLaren, Lando Norris. FOTO Agensi
Agensi

Austin: Pemandu Formula Satu (F1) McLaren, Lando Norris sedar Ferrari kini mendahului dalam perebutan tempat ketiga kejuaraan pengeluar ketika Ferrari sejak akhir ini mengubah suai enjin untuk meletakkan mereka di landasan tepat.

Daniel Ricciardo dan Lando Norris dari McLaren melakar kemenangan sensasi 1-2 di Monza, tetapi pada perlumbaan berikutnya menyaksikan Ferrari mempamerkan kebangkitan bagi kedua-dua jentera pemandunya Charles Leclerc dan Carlos Sainz.

Selepas pertarungan sengit bagi musim 2021, ubah suai yang dilakukan membolehkan Ferrari mendahului di depan, yang turut membolehkan Leclerc mengatasi McLaren di Turki.

Di Grand Prix Amerika Syarikat dekat Austin pada hujung minggu lalu kedua-dua pemandu Ferrari turut mengatasi McLaren.

"Saya fikir Ferrari lebih kuat daripada kami," kata Norris yang menamatkan saingan di tempat kelapan di belakang Sainz selepas mengharungi perlumbaan sengit.

"Mungkin ia tidak kelihatan seperti yang diharapkan selepas Carlos terkandas di belakang Daniel tetapi jika sebaliknya kami kurang dari segi kelajuan sepanjang minggu berbanding Ferrari."

Norris sedar usaha yang dilakukan Ferrari dalam mengubah suai unit jentera mereka membawa banyak perubahan dan akan mendatangkan kesukaran buat McLaren pada baki lima perlumbaan seterusnya.

"Mereka sememangnya mempunyai kelebihan ketika ini. Tidak begitu pantas dalam semua sudut tetapi hanya sebuah kereta yang lebih konsisten berbanding kami dan lebih senang dipandu."

"Begitupun ia tidak mengubah apa-apa ketika kami akan terus cuba memberi saingan terbaik."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 2:26 PM