Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mengatasi rakan sepasukannya pada sesi kelayakan GP Emilia Rogmagna Itali. FOTO AFP
Pelumba Mercedes, Valtteri Bottas mengatasi rakan sepasukannya pada sesi kelayakan GP Emilia Rogmagna Itali. FOTO AFP
AFP

Imola, Itali: Valtteri Bottas merampas kedudukan petak pendahulu bagi saingan Grand Prix Emilia Romagna esok daripada rakan sepasukan Mercedes, Lewis Hamilton menerusi catatan sepusingan terpantas pada sesi kelayakan di Imola sebentar tadi.

Pelumba dari Finland yang kini ketinggalan 77 mata di belakang pendahulu keseluruhan dan juara dunia enam kali, Hamilton dengan berbaki lima perlumbaan tahun ini, hanya sedikit mendahului untuk kedudukan utama itu.

Hamilton, yang terpantas pada sesi latihan berada di depan pada sebahagian besar sesi kelayakan sebelum Bottas mengatasinya pada saat akhir.

Max Verstappen ketiga bersama Red Bull di depan bekas rakan sepasukan, Pierre Gasly dari Alpha Tauri, Daniel Ricciardo dari Renault dan Alex Albon, Red Bull.

Charles Leclerc ketujuh buat Ferrari manakala Daniil Kvyat kelapan buat Alpha Tauri di depan dua pemandu McLarens, Lando Norris dan Carlos Sainz.

"Ia bukan perkara mudah untuk berada di petak utama, tapi saya sangat gembira sepanjang litar ini," kata Bottas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2020 @ 11:30 PM