MAX Verstappen. FOTO AFP
MAX Verstappen. FOTO AFP
AFP

Austin: Pemandu Red Bull, Max Verstappen meraih petak pertama Grand Prix Amerika Syarikat (AS) mengatasi seteru utama yang juga juara dunia dari Mercedes, Lewis Hamilton di depan kira-kira 120,000 penonton.

Verstappen yang mendahului kejuaraan pemandu dengan enam mata, meraih petak pertama kali kesembilan pada 2021 dengan catatan 1 minit 32.910 saat.

Sergio Perez yang beraksi bersama satu lagi jentera Red Bull meraih petak ketiga.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas keempat terpantas namun akan bermula di petak kesembilan pada hari perlumbaan kerana menukar enjin.

Penganjur menjangkakan pada hari perlumbaan seramai 140,000 penonton akan memenuhi litar untuk menyaksikan persaingan antara Verstappen dan Hamilton.

"Saya rasa sebab itulah penonton hadir ke litar," kata pemandu Belanda itu.

"Kami berharap dapat bermula dengan baik, bekerjasama sebagai sebuah pasukan dan cuba mendapatkan keputusan paling terbaik."

Hamilton sudah memenangi lima daripada lapan perlumbaan di Austin sejak penampilan pertama pada 2012.

Dia juga mengesahkan kejuaraan dunia di Litar Texan pada 2015 dan 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Oktober 2021 @ 11:01 AM