VERSTAPPEN juara Grand Prix Emilia Romagna. FOTO EPA
VERSTAPPEN juara Grand Prix Emilia Romagna. FOTO EPA
Agensi

Imola, Itali: Dua perlumbaan, dua persaingan epik antara Lewis Hamilton dam Max Verstappen. Kejuaraan dunia Formula 1 (F1) tahun ini akan menjadi pertarungan yang tidak dapat dilupakan.

Masih ada 21 perlumbaan lagi namun itulah teorinya. Berdasarkan dua perlumbaan awal ini, pertarungan mungkin boleh menjadi semakin sengit biarpun dunia masih lagi dihantui wabak Covid-19.

Ia dijangka akan membabitkan persaingan antara Hamilton dan Verstappen dengan penguasaan pelumba lain mungkin semakin berkurangan.

Hamilton, tampak semakin bersemangat dalam memburu lebih banyak kemenangan musim ini.

"Saya sangat bersemangat untuk pertempuran ini," kata juara dunia tujuh kali itu.

"Ini adalah pertama kalinya dalam tempoh yang lama Red Bull memiliki sebuah jentera juara jadi ia akan sentiasa memberi cabaran sengit sepanjang tahun ini dan semoga persaingan akan menjadi semakin meriah."

Verstappen sedar penguasaan Mercedes dalam tempoh tujuh tahun ini dan mungkin masih tidak yakin jentera yang digunakan mampu untuk menidakkan penguasaan lawan.

"Ini musim yang sangat panjang. Saya gembira hari ini tapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan ia kekal konsisten sepanjang musim ini.

"Satu yang bagus dapat bersaing dengan Lewis dan Mercedes. Sebagai satu pasukan mereka begitu dominan dan mereka sangat sukar untuk dikalahkan. Ia satu yang pati tapi tiada jaminan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 2:18 PM