AKSI Murray melakukan servis ketika menentang  Berrettini.
AKSI Murray melakukan servis ketika menentang Berrettini.
AFP

Miami: Juara dua kali Terbuka Miami Andy Murray bangkit menewaskan pemain Itali Matteo Berrettini 4-6, 6-3, 6-4 pada pusingan pertama di Stadium Hard Rock, awal pagi tadi.

Berrettini memerlukan rawatan perubatan pada penghujung set kedua selepas hampir rebah di atas gelanggang namun tetap meneruskan permainan.

Dia kembali ke jelajah baru-baru ini selepas mengalami krisis kecederaan pada 2023 dan mara ke final Challenger di Phoenix.

Dia mematahkan servis Murray pada permainan pertama dan menguasai set pembukaan.

Tetapi dia hampir pengsan di set kedua dan terpaksa memerlukan rawatan ketika ketinggalan 2-5 dan bekas pemain nombor enam dunia berusia 27 tahun itu lebih bertenaga pada set ketiga tetapi Murray cemerlang menamatkan perlawanan dalam masa dua jam 47 minit.

Murray hanya melakukan 20 kesilapan manakala Berrettini melakukan 44 kesalahan ketika pemain Scotland itu meraih kemenangan keempat berturut-turut di pusingan pertama.

Murray yang menjuarai kejohanan pada 2009 dan 2013 akan menentang pilihan ke-29 dari Argentina Tomas Martin Etcheverry di pusingan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Mac 2024 @ 11:51 AM