NAOMI melambai ke arah penonton selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Australia, semalam. FOTO AFP
NAOMI melambai ke arah penonton selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Australia, semalam. FOTO AFP
Reuters

Melbourne: Juara dua kali Terbuka Australia, Naomi Osaka tewas dalam kemunculan semulanya ke kejohanan itu apabila tunduk straight set kepada pemain pilihan ke-16, Caroline Garcia, semalam.

Caroline menewaskan Naomi 6-4, 7-6 (2) dalam tempoh satu jam 26 minit untuk mara ke pusingan seterusnya. Naomi pula baru sahaja kembali ke kejohanan tenis selepas berehat selama 15 bulan kerana cuti bersalin.

Caroline melakukan 13 servis ace dan memenangi 89 peratus daripada servis untuk menguasai perlawanan itu.

"Sudah tentu saya berasa benar-benar kecewa kerana tidak memenangi perlawanan ini.

"Saya tidak mahu mengatakan kemunculan semula ini seperti difikirkan kerana angan-angan saya untuk memenangi kejohanan ini sangat tinggi.

"Saya fikir angan-angan membolehkan saya memenangi kejohanan ini," kata Naomi.

Penyingkiran pada pusingan pertama ini adalah kekalahan paling awal bagi Naomi dalam lapan percubaan di Terbuka Australia.

"Saya sangat menghormati Naomi sebagai individu dan sebagai pemain kerana dia sudah bercuti selama 15 bulan.

"Saya sangat gembira melihatnya kembali. Walaupun selepas enam bulan cuti bersalin, dia bermain dengan cukup hebat. Kita perlu berwaspada," kata Caroline.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 11:17 AM