AB Rauf Yusoh (duduk tengah) bakal merasmikan Program Fit Malaysia peringkat negeri Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
AB Rauf Yusoh (duduk tengah) bakal merasmikan Program Fit Malaysia peringkat negeri Melaka. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


Melaka: Lebih 20 acara berteraskan kecergasan bakal diakan pada penganjuran Program Fit Malaysia peringkat negeri Melaka yang dijadualkan berlangsung di Tanjung Bidara, pada 17 September depan.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, Khairul Adri Rosli berkata, program Kerajaan Negeri bersama agensi, persatuan, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan sukan terbabit dijangka dihadiri 8,000 pengunjung.

Katanya, program gaya hidup sihat terbabit bakal dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerusi pembabitan penyertaan semua lapisan masyarakat.

"Aktiviti dibahagikan kepada enam segmen kecergasan seperti 'fit community', 'fun run', ' fun walk', 'fun ride', 'bina badan' selain pelbagai acara sampingan bersama komuniti.

"Beberapa acara seperti Family Walk (3km), fun run 5km dan 10km, fun ride 10km ,fun ride trail MTB 30km, lompat tali dan senamrobik yang diadakan juga pentas pendedahan gaya hidup sihat serta ikatan silaturahim dalam kalangan penduduk dan masyarakat di negeri terbabit," katanya.

Khairul berkata, dalam pada itu pelbagai acara diatur sehingga penghujung tahun ini seperti Hari Sukan Negara dan program Rakan Muda yang diberikan nafas baharu berlangsung serentak di semua daerah.

Justeru, inisiatif Rakan Muda dalam setiap aktiviti yang disertai boleh mengumpul mata ganjaran termasuk aktiviti Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Mahir, Rakan Muzik, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2023 @ 3:49 PM