ANTARA aksi LTdL tahun lalu. FOTO BERNAMA
ANTARA aksi LTdL tahun lalu. FOTO BERNAMA
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Penganjur perlumbaan Le Tour de Langawi (LTdL) kini sudah boleh menarik nafas lega apabila sebuah syarikat gergasi dunia mengesahkan bakal menjadi penaja utama perlumbaan berstatus ProSeries itu.

Ia sekali gus menutup spekulasi yang mempersoalkan penganjuran berkenaan berikutan sambutan kurang memberangsangkan daripada penaja.

Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti syarikat berkenaan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

"MSN ingin mengesahkan bahawa penajaan kini sudah mencukupi dan tiada lagi masalah yang sebelum ini pernah dibangkitkan tentang penganjurannya kerana sambutan yang kurang memberangsangkan daripada penaja.

"Persiapan juga berjalan lancar terutama memenuhi syarat yang ditetapkan oleh UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa).

"Terima kasih barisan penajaan yang memuktamadkan sokongan bagi penganjur LTdL kali ini," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Shapawi berkata penganjur sudah berjaya melengkap jumlah pasukan yang bakal bertanding yang diketuai dua pasukan World Team iaitu Astana Qazaqatan dari Kazakhstan dan EF Education Easypost dari Amerika Syarikat.

Turut bakal bersaing ialah lapan pasukan ProTeam, 11 pasukan benua termasuk TSG selain satu pasukan kebangsaan iaitu pasukan lebuhraya negara melengkapkan jumlah 22 pasukan keseluruhan.

Tegas Shapawi pengesahan jumlah pasukan bertanding ini sekali gus menjamin kualiti perlumbaan bertaraf tinggi untuk LTdL kali ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2023 @ 2:23 PM