WAWRINKA sedia berdepan Djokovic di Wimbledon. FOTO AFP
WAWRINKA sedia berdepan Djokovic di Wimbledon. FOTO AFP
AFP

London: Stan Wawrinka bakal berentap di pusingan ketiga Wimbledon dengan berdepan juara tujuh kali, Novak Djokovic dan berharap 'tidak dibunuh' lawan yang pertama kali dihadapinya 17 tahun lalu.

Wawrinka berusia 38 tahun, yang memenangi tiga gelaran Grand Slam, mara ke pusingan 32 terakhir dengan menewaskan pilihan ke-29 dari Argentina, Tomas Martin Etcheverry 6-3, 4-6, 6-4, 6-2.

Ia akan menjadi aksi pertamanya di pusingan ketiga di All England Club sejak 2015, apabila dia mara ke suku akhir.

Wawrinka, kini menduduki tempat ke-88 dunia selepas bertarung panjang dengan kecederaan, hanya menewaskan Djokovic enam kali dalam 26 pertemuan.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah beraksi dalam gelanggang permukaan rumput.

"Saya akan menikmati sebaiknya jika saya 'tidak dibunuh'.

"Novak adalah juara yang hebat. Saya gembira mendapat peluang bermain dengannya di atas rumput sebelum saya menamatkan kerjaya saya.

"Ia akan menjadi cabaran besar dan saya perlu bermain di peringkat tinggi," kata Wawrinka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 9:54 PM