ALCARAZ akui perlu berehat sebelum menyertai Terbuka Perancis. -FOTO AFP
ALCARAZ akui perlu berehat sebelum menyertai Terbuka Perancis. -FOTO AFP
AFP

Rome: Carlos Alcaraz tewas pada pusingan ketiga Terbuka Itali kepada Fabian Marozsan dari Hungary hanya dua minggu sebelum dia menyertai Terbuka Perancis sebagai pemain pilihan utama.

Pemain Sepanyol berusia 20 tahun itu, yang akan memintas Novak Djokovic sebagai pemain nombor satu dunia pada 22 Mei, menyertai kejohanan di Rome selepas kemenangan di Barcelona dan Madrid.

Tetapi juara Terbuka AS itu tewas mengejut di tangan Marozsan yang berusia 23 tahun, 6-3, 7-6 (7/4).

Marozsan yang berada di ranking ke-135 dunia, memenangi enam mata terakhir dalam tie-break set kedua untuk memberi Alcaraz kejutan ketika Terbuka Perancis akan bermula kurang dari dua minggu.

Alcaraz adalah pilihan kedua di Rome namun di Paris akan menjadi pilihan utama Grand Slam buat kali pertama berkata, dia memerlukan latihan berterusan untuk meningkatkan persiapan menjelang Terbuka Perancis dengan kejohanan utama gelanggang tanah liat itu bermula pada 28 Mei.

"Saya akan berehat sedikit dan akan berehat beberapa hari," katanya.

"Saya benar-benar memerlukan beberapa hari rehat untuk menetapkan semula fikiran saya dan menjadi segar untuk Roland Garros.

"Jika saya mahu pergi ke Paris dalam keadaan baik, saya perlu berlatih, untuk menjadi lebih baik. Saya bermain terlalu banyak sehingga saya tidak dapat berlatih lebih daripada tiga, empat hari berturut-turut.

"Jadi cuti ini sangat membantu saya untuk berlatih di rumah dan bersiap sedia untuk ke Roland Garros."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2023 @ 9:46 AM