JOSHUA idamkan pertarungan dengan Fury. FOTO Reuters
JOSHUA idamkan pertarungan dengan Fury. FOTO Reuters
AFP

London: Anthony Joshua menegaskan 'Pertempuran Britain' dengan Tyson Fury adalah pertarungan 'yang wajib dilangsungkan' selepas dia melalui pertembungan dengan petinju heavyweight Amerika Syarikat, Jermaine Franklin.

Bekas juara dunia itu menikmati kemenangan profesional pertamanya sejak 2020, walaupun dalam cara yang agak sukar, dengan kejayaan keputusan sebulat suara di Arena O2, hujung minggu ini.

Berikutan kekalahan berturut-turut kepada Oleksandr Usyk, yang merampas gelaran dunianya di Tottenham dua tahun lalu, satu lagi kekalahan mungkin bermakna berakhirnya karier Joshua.

Joshua, bagaimanapun, berjaya mengatasi Franklin dengan kejayaan 118-11, 117-111, 117-111 pada kad skor ketiga-tiga hakim.

Tidak ada keraguan mengenai pertarungan yang mengujakan Joshua, dengan rekod profesional juara Olimpik 2012 itu kini mencatat 25 kemenangan, termasuk 22 knock out, dan tiga kekalahan.

"Itulah lubuk emas. Ia adalah pertarungan merebut kejuaraan heavyweight WBC dunia," katanya.

"Itulah maksudnya yang pasti berdepan dengan Tyson Fury.

"Ya adalah pertarungan yang ideal, selepas sekian lama terhenti, ia perlu diaktifkan semula. Tetapi kadang-kadang peluang muncul dengan sendirinya dan anda perlu meraihnya dengan kedua-dua tangan ... Saya akan mengambilnya dan meraihnya dengan kedua-dua tangan, 100 peratus. Dunia tinju memerlukannya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 10:17 PM