Anthony Joshua. FOTO Agensi
Anthony Joshua. FOTO Agensi
Agensi

London: Anthony Joshua diarahkan menentang Oleksandr Usyk bagi mempertahankan gelaran WBO heavyweight selepas pertarungan bersama rakan tinju dari Britain, Tyson Fury tertangguh.

Joshua yang turut memiliki gelaran IBF dan WBA, sudah bersetuju untuk berdepan juara WBC, Fury di Arab Saudi.

Sebaliknya Fury pula ditetapkan syarat menentang Deontay Wilder sebelum pertarungan antara dua jaguh Britain itu.

Promoter Joshua diberikan masa 48 jam untuk mengatur pertarungan menentang Usyk.

Eddie Hearn memohon lanjutan sehingga Isnin selepas menerima arahan itu supaya membolehkan dia berbincang beberapa perkara bersama Joshua.

Pertarungan WBO bersama bekas juara dunia cruiserweight dari Ukraine itu, sebelum ini mendapat persetujuan ramai seterusnya bagi membolehkan pertarungan tumpuan antara Joshua-Fury dapat dijalankan.

Dua petinju dan pasukan mereka mempunyai masa sehingga 31 Mei untuk mencapai persetujuan bagi pertarungan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 2:28 PM