IGA meraikan kejayaannya menewaskan Sorana. FOTO AFP
IGA meraikan kejayaannya menewaskan Sorana. FOTO AFP
AFP

Indian Wells: Pemain nombor satu dunia, Iga Swiatek menewaskan Sorana Cirstea 6-2, 6-3 awal pagi tadi untuk mara ke separuh akhir Indian Wells menentang juara Wimbledon, Elena Rybakina.

Elena yang mengejutkan Swiatek pada pusingan keempat Terbuka Australia sebelum tumbang kepada Aryna Sabalenka dalam perlawanan akhir Grand Slam pertama tahun ini, menewaskan pemain ranking ke-76 dari Czech, Karolina Muchova 7-6 (7/4), 2-6, 6-4.

"Dia beraksi dengan sangat baik dan pada separuh akhir, anda akan sentiasa menentang pemain terbaik, jadi saya sentiasa bersedia.

"Kali terakhir kami bermain di Australia. Keadaan yang sama sekali berbeza. Jadi saya hanya akan membuat persiapan yang sama seperti perlawanan sebelum ini dan akan melakukan 100 peratus," kata Iga.

Iga yang berada pada minggu ke-50 di ranking nombor satu dunia, bersaing untuk muncul wanita kedua selepas Martina Navratilova pada 1990-91 memenangi gelaran berturut-turut dalam acara gabungan WTA dan ATP Masters 1000 di padang pasir California.

Tetapi harapan juara bertahan lelaki, Taylor Fritz untuk mengulangi pencapaiannya berakhir selepas tewas kepada pemain Itali di ranking ke-13, Jannik Sinner 6-4, 4-6, 6-4 dalam pertembungan di Stadium Court.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 10:56 AM