DJOKOVIC puas dapat menumpaskan Safiullin di separuh akhir Terbuka Tel Aviv. FOTO EPA
DJOKOVIC puas dapat menumpaskan Safiullin di separuh akhir Terbuka Tel Aviv. FOTO EPA
AFP

Tel Aviv: Novak Djokovic berkata, dia berasa sangat emosional selepas mara ke final keempat tahun ini apabila menang straight set ke atas Roman Safiullin di separuh akhir Terbuka Tel Aviv.

Pemain berusia 35 tahun itu mencatat kemenangan 6-1, 7-6 (7/3) dan cuba untuk merangkul gelaran ketiganya musim ini serta yang ke-89 sepanjang kariernya apabila berdepan wakil Croatia, Marin Cilic di final.

Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Cilic mengalahkan pemain ranking ke-68 dunia dari Perancis, Constant Lestienne 7-5, 6-3 selepas bangkit dari ketinggalan 2-5 di set pertama.

"Saya rasa ia adalah aksi sangat kompetitif, terutama sekali di set kedua.

"Saya akui sangat emosi di gelanggang hari ini terutama di set kedua, terdapat banyak ketegangan, dan itu juga disebabkan gaya pemain lawan yang agresif.

"Servis yang dilakukannya juga sangat kencang dan apabila dia mempunyai masa, dia begitu mantap dari pukulan depan dan pukulan kilas," kata Djokovic.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Oktober 2022 @ 11:04 AM