DJOKOVIC berada di landasan terbaik untuk muncul juara di Tel Aviv. FOTO AFP
DJOKOVIC berada di landasan terbaik untuk muncul juara di Tel Aviv. FOTO AFP
AFP

Tel Aviv: Novak Djokovic mara ke separuh akhir Terbuka Tel Aviv hasil kemenangan straight set ke atas pemain Kanada, Vasek Pospisil.

Pemain pilihan utama Serbia itu menang 7-6 (7/5), 6-3 dalam masa kurang dua jam ketika berdepan lawan yang berada di ranking ke-149 itu untuk mengekalkan rekod sempurnanya dalam enam pertemuan mereka.

"Ia adalah kemenangan yang hebat dan positif. Vasek ialah salah seorang kawan baik saya dalam jelajah. Kami mengenali antara satu sama lain sudah bertahun-tahun.

"Tidak mudah untuk bermain dengan seseorang yang anda sangat hormati dan sangat suka, tetapi kami berdua profesional dan mahu memenangi perlawanan dan anda boleh melihatnya.

"Saya merasai permainan tenis yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi menjelang penghujung set pertama dan set kedua. Kredit untuk untuk perjuangannya. Seronok dapat jumpa dia kembali," kata Djokovic.

Djokovic, yang tergelincir ke tangga ketujuh dunia, perlu berhempas-pulas di set pertama sebelum menang tie-break 7-6 (7/5) dalam tempoh 59 minit.

Pemain berusia 35 tahun itu dua kali mematahkan servis lawannya di set kedua untuk mengekalkan rekod tidak pernah tumpas dalam sebarang set ketika berdepan Pospisil.

Lawan Djokovic selepas ini ialah pemain ranking ke-104 dari Rusia, Roman Safiullin yang mengalahkan Arthur Rinderknech (Perancis) 6-4, 6-1.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2022 @ 11:54 AM