DJOKOVIC bersama trofi Terbuka Tel Aviv selepas menewaskan Cilic. FOTO AP
DJOKOVIC bersama trofi Terbuka Tel Aviv selepas menewaskan Cilic. FOTO AP
AFP

Tel Aviv: Novak Djokovic memenangi gelaran ketiga bagi 2022 dan ke-89 dalam kariernya selepas menewaskan Marin Cilic di final Tenis Terbuka Tel Aviv, semalam.

Dia menyatakan, tidak dapat bermain sejak menang gelaran Wimbledon ketujuh pada Julai lalu, memberikan motivasi tambahan kepadanya,

Djokovic, 35, menang 6-3, 6-4 untuk menambah gelaran selepas menang final di gelanggang tanah liat di Rom dan gelanggang rumput di Wimbledon pada tahun ini.

Ia adalah kemenangan ke-19 ke atas Cilic dalam 21 pertarungan di antara mereka sejak 2008.

Djokovic bermain perseorangan lelaki pertama sejak menang di Wimbledon yang juga gelaran Grand Slam ke-21 pada Julai lalu.

Dia tidak dibenarkan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan semua kejohanan di Amerika Utara kerana enggan divaksin sebelum menyertai kejohanan perpisahan bagi Roger Federer bagi acara berpasukan Piala Laver di London, bulan lalu.

"Saya bermain tenis dengan baik dan tidak terlepas sebarang set sepanjang minggu ini," kata Djokovic yang juga bekas pemain nombor satu dunia.

"Saya tidak beraksi di kejohanan hampir tiga bulan, jadi motivasi tambahan untuk bermain dengan baik terutama sebahagian orang cukup mesra dan menyokong saya sepanjang minggu ini. Saya semakin yakin untuk minggu akan datang."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 10:18 AM