AKSI Izzah dalam acara belantan. FOTO Reuters
AKSI Izzah dalam acara belantan. FOTO Reuters
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Selepas gagal dalam tiga acara awal, atlet gimrama, Izzah Amzan akhirnya bangkit menebus kekecewaannya dengan meraih gangsa pada Sukan Komanwel di sini, sebentar tadi.

Dia menduduki tangga ketiga disiplin belantan dalam saingan di Arena Birmingham itu selepas berjaya mencatatkan 28.600 mata bagi mengenepikan cabaran lima peserta lain.

Emas acara ini dimenangi atlet Australia, Alexandra Kiroi-Bogatyreva yang mendapat 29.400 mata manakala gangsa milik wakil Kanada, Carmel Kallemaa (29.100 mata)

Sebentar tadi, dia hanya mampu menduduki tangga ketujuh disiplin gelung daripada lapan peserta selepas memperoleh 25.800 mata.

Semalam, Izzah terlepas pingat gangsa apabila dipintas disaat akhir untuk berpuas hati di tempat keempat bagi acara all-around individu.

Sebelum itu, juga dia terpaksa berpuas hati di tempat keempat bagi acara berpasukan yang dilangsungkan pada hari pertama.

Pada temasya di Gold Coast, Australia empat tahun lalu, Izzah berjaya membawa pulang pingat perak menerusi acara berpasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 7:19 PM