BARISAN kepemimpinan PSM belum mahu mengalah.
BARISAN kepemimpinan PSM belum mahu mengalah.
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Permohonan Kebenaran Memohon Semakan Kehakiman yang dikemukakan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia PSM) susulan tindakan Pesuruhjaya Sukan (PJS) meluluskan pendaftaran Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 7 Julai depan.

Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh dalam satu kenyataan berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

"Pihak Jabatan Peguam Negara juga telah diserahkan dengan semua dokumen permohonan pada 25 April 2022.

"PSM berharap semua pihak dapat memberikan ruang yang sewajarnya sehingga isu perundangan ini diselesaikan," katanya.

PSM melalui peguam yang dilantik memfailkan permohonan itu pada 20 April lalu. Permohonan yang dibuat secara ex-parte itu menamakan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Ibrahim Mohd Yusof sebagai Responden Pertama dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Responden Kedua.

Ibrahim sebelum ini meluluskan pendaftaran MSC sebagai entiti baharu badan sukan sepak takraw kebangsaan. PSM kemudian disingkirkan sebagai ahli gabungan Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 6:06 PM