Aksi bintang tenis Serbia, Novak Djokovic ketika menyertai kejohanan. FOTO File Reuters
Aksi bintang tenis Serbia, Novak Djokovic ketika menyertai kejohanan. FOTO File Reuters
AFP

Belgrade: Novak Djokovic berkata dia sedia beraksi lebih baik daripada sebelum ini menjelang kepulangan semula dalam tenis, sebulan selepas diusir dari Australia kerana isu vaksin Covid-19.

Sensasi berusia 34 tahun itu mengakui peristiwa itu memberi igauan ngeri buatnya tetapi dia tetap mensasarkan untuk kembali melakar kejayaan.

"Saya tidak boleh katakan perkara sama apabila kembali ke mahkamah.. tetapi ia adalah sebab tambahan untuk beraksi lebih baik daripada sebelum ini," katanya kepada stesen penyiar umum Serbia RTS, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu meletakkan impian untuk beraksi di kejohanan besar, sambil mengakui keputusan penyertaannya tidak terletak pada dirinya semata-mata.

"Ia bergantung kepada negara di mana kejohanan itu bakal dilangsungkan, saya akan bersedia dan mahu meneruskan karier saya," kata Djokovic.

Bintang Serbia itu mengakui dia meletakkan sasaran beraksi di Olimpik Paris 2024 dengan impian besar untuk memburu kejuaraan perseorangan di temasya yang belum pernah dimenanginya itu.

"Saya mahu, saya mahu bersedia dan merancang untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris dan mewakili Serbia," katanya.

Impian Djokovic mungkin sekali lagi bertentangan dengan syarat yang ditetapkan oleh kebanyakan negara mengenai atlet bertanding harus mendapatkan vaksin namun pendirian pemain itu mengenai mendapatkan suntikan masih tidak berubah setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 9:41 AM