MAYWEATHER sempat meluangkan masa menyaksikan  NFL Pro Bowl di Stadium Allegiant, minggu lalu.
MAYWEATHER sempat meluangkan masa menyaksikan NFL Pro Bowl di Stadium Allegiant, minggu lalu.
Agensi

London: Floyd Mayweather dijangka kembali ke arena tinju dan bertarung dengan sesiapa sahaja susulan latihan kerasnya akhir-akhir ini.

Legenda tinju Amerika Syarikat itu mengumumkan sebelum tahun baharu bahawa dia akan kembali ke gelanggang dalam acara pertunjukan di Dubai dan sejak itu gigih berlatih tumbukan dengan petinju separuh dari usianya di gimnasium Las Vegas.

Juara tinju wanita, Claressa Shields yang melihat sesi latihan terkejut dengan intensiti jaguh berusia 44 tahun itu.

Ketika spekulasi kemunculan semula Mayweather hangat diperkatakan, Claressa mendakwa ikon yang tidak pernah kalah itu masih menyengat.

Katanya kepada SunSport: "Cara Flyod berlatih menampakkan kesungguhannya untuk kembali ke gelanggang. Dia bekerja keras. Berlari lima hingga tujuh batu sehari dan kemudiannya meluncur ais. Dia tidur kemudiannya kembali ke gim. Saya tak pernah lihat lelaki seperti ini.

"Menyaksikannya berlatih dengan keras pada usia 44 tahun, memang gila kerana dia masih mempunyai kepantasan. Dia mungkin akan kembali dan bertarung dengan sesiapa sahaja yang dimahukannya. Pasti lawan akan bermasalah."

Mayweather menggantung sarung tinjunya pada 2017 selepas menewaskan bintang UFC, Conor McGregor, 33.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Februari 2022 @ 11:43 AM