KIPRUTO (kiri) dan Diana berjaya memenangi Maraton Boston. FOTO AFP
KIPRUTO (kiri) dan Diana berjaya memenangi Maraton Boston. FOTO AFP
AFP

Boston: Benson Kipruto dan Diana Kipyogei melengkapkan hari gemilang buat Kenya selepas menyapu bersih perlumbaan lelaki serta wanita di Maraton Boston yang dianjurkan buat kali ke-125.

Kipruto melintasi garisan penamat dengan catatan dua jam sembilan minit 51 saat (s) selepas meninggalkan pesaing lain selepas mengharungi jarak 35.4 kilometer untuk memenangi perlumbaan dengan kelebihan 45s.

Pelari Habsyah, Lemi Berhanu menduduki tempat kedua, menamatkan larian mengatasi rakan senegara, Jemal Yimer yang meraih tempat ketiga.

Ia adalah kejayaan ketiga buat Kipruto dalam perlumbaan maraton sepanjang karier selepas muncul juara di Maraton Prague 2021 dan Toronto 2018 namun ia adalah kemenangan pertama daripada enam perlumbaan Maraton Utama Dunia.

Pencapaian terbaik Kipruto di Boston adalah menduduki tempat ke-10 pada 2019, manakala kedudukan terbaik dalam saingan maraton utama adalah di kedudukan ketujuh di London 2020.

"Ia sangat menggembirakan selepas menduduki tempat ke-10 beberapa tahun sebelum ini," kata Kipruto.

Dalam saingan wanita, Diana juga berjaya mendominasi perlumbaan ketika memasuki jarak 28.9 kilometer.

Pelari berusia 27 tahun itu kelihatan seperti dapat dicabar Netsanet Gudeta dari Habsyah ketika beberapa kilometer menuju garisan penamat namun dia berjaya mengekang asakan untuk meraih kejuaraan.

Edna Kiplagat, 41 tahun yang juga juara dunia dua kali dan pemenang 2017 di Boston menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Mary Ngugi juga dari Kenya meraih kedudukan ketiga.

"Saya melihat rentak larian di dalam kumpulan agak perlahan, jadi saya mengambil keputusan untuk meluru bersendirian. Saya rasa badan saya berada dalam keadaan baik sebab itu saya mencuba dan memaksa diri. Laluannya juga bukan mudah," kata Diana.

This year's Boston Marathon was staged after being canceled in 2020 due to the Covid-19 pandemic and postponed by six months this year from its traditional slot in April.

The field for the race had been trimmed by 40% to around 20,000, while vaccinations or a negative Covid-19 test at the race's medical center were required for all participants.

rcw/dmc

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 1:34 PM