DESISA mempamerkan trofi kejuaraannya di Boston.
DESISA mempamerkan trofi kejuaraannya di Boston.

Boston, AS: Lelisa Desisa dari Habsyah memenangi perlumbaan Maraton Boston keduanya semalam, dua tahun selepas dia menderma pingat kemenangan pertamanya kepada bandar raya itu bagi mengingati mangsa insiden bom.

Pelari Kenya, Carolina Rotich muncul juara wanita, memecut mengatasi Mare Dibaba di Boylston Street sebelum menang dengan perbezaan empat saat.

Apabila Desisa menang kali pertama pada 2013, tidak banyak yang boleh diraikan. Beberapa jam selepas dia melepasi garisan penamat, dua bom meletup di Boylston Street sekali gus mencemari kemenangannya.

Ketika bandar raya itu berkabung dengan tiga terbunuh, 260 cedera parah dalam letupan itu, dia kembali ke Boston menderma pingatnya.

Kini Desisa boleh menikmati kejuaraan di Boston.

Pelari Habsyah berusia 25 tahun itu menang dengan masa dua jam 9 minit 17 saat untuk mengatasi rakan senegara Yemane Adhane Tsegay dengan 31s. Pelari Kenya, Wilson Chebet di tangga ketiga, 34s lagi di belakangnya. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:42 AM