Bintang tenis Switzerland, Roger Federer berdepan kecederaan panjang. FOTO Agensi
Bintang tenis Switzerland, Roger Federer berdepan kecederaan panjang. FOTO Agensi
AFP

Paris: Roger Federer berkata dia akan menjalani pembedahan lutut selanjutnya dan mengakui tidak akan beraksi beberapa bulan yang pasti mencetus tanda tanya mengenai masa depannya dalam sukan tenis pada usia 40 tahun.

"Saya mungkin bergelut untuk beberapa minggu dan tidak beraksi dalam perlawanan untuk beberapa bulan," kata pemenang kejuaraan Grand Slam sebanyak 20 kali, Federer dalam klip video di Instagram.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan dia tidak beraksi di Terbuka Amerika Syarikat, di mana dia muncul juara sebanyak lima kali dan dijadualkan bermula dua minggu lagi.

"Saya mahu memberikan hadiah buat diri saya satu harapan yang tinggi untuk kembali ke jelajah dengan keadaan yang lebih baik," tambah Federer.

"Saya sangat realistik, jangan salah anggap. Saya tahu bagaimana sukar ianya pada usia seperti saya untuk mengharungi satu lagi pembedahan. Saya akan cuba. Saya mahu berada dalam keadaan sihat yang baik serta hendak kembali berlari."

Federer hanya beraksi 13 perlawanan dalam 2021, menjalani dua pembedahan lutut pada 2020 selepas beraksi enam kali.

Dia sebelum ini menarik diri di Olimpik Tokyo untuk berehat. Federer juga menarik diri di Terbuka Perancis selepas mara ke pusingan empat dan tersingkir pada suku akhir di Wimbledon kepada pemain Poland, Hubert Hurkacz.

Kekalahan itu adalah yang ke-14 di All England Club dalam 119 perlawanan dan pertama kali ditewaskan menerusi straight set dalam kejohanan sejak tersingkir pusingan pertama kepada Mario Ancic pada 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 1:15 PM