AKSI Djokovic pada pusingan pertama Wimbledon. FOTO AFP
AKSI Djokovic pada pusingan pertama Wimbledon. FOTO AFP
AFP

London: Juara lima kali Novak Djokovic memperbaharui perseteruannya dengan Kevin Anderson ketika kualiti gelanggang utama menjadi persoalan selepas Serena Williams mengalami kecederaan sehingga terpaksa menamatkan penyertaannya di Wimbledon.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic yang berusaha memburu rekod untuk berada dalam senarai bersama-sama Roger Federer dan Rafael Nadal sebagai pemenang 20 Grand Slam kini melebarkan rekod kemenangan kepada 9-2 ke atas pesaing dari Afrika Selatan itu.

Ia turut membabitkan tiga kemenangan di Wimbledon pada 2011, 2015 dan final 2018.

Anderson ditewaskan straight set dalam kejohanan itu tiga tahun lalu, diberi tentangan pada pertembungan lapan terbaik dan separuh akhir.

Dia menewaskan Federer 13-11 di set terakhir dalam pertemuan suku akhir dan John Isner 26-24 pada pertembungan lima set di separuh akhir.

Sejak itu, Anderson yang kini menghuni ranking ke-102 dunia, sudahpun menjalani dua pembedahan pada lutut kanan pada pada 2019 dan 2020.

"Saya tidak pernah memikirkan untuk bersara," kata Anderson yang berusia 35 tahun itu.

Djokovic membuka perlawanan di gelanggang tengah, venue yang menyaksikan juara tujuh kali Serena Williams menarik diri susulan kecederaan buku lali di pertengahan perlawanan set pertama menentang Aliaksandra Sasnovich.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 1:03 PM