Bintang Serbia, Novak Djokovic akan berdepan rakan senegara di saingan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Belgrade. FOTO AFP
Bintang Serbia, Novak Djokovic akan berdepan rakan senegara di saingan suku akhir kejohanan tenis Terbuka Belgrade. FOTO AFP
AFP

Belgrade: Novak Djokovic bangkit daripada kekalahan mengejut ke atas Dan Evans di Monte Carlo, minggu lalu, dengan kemenangan 6-1, 6-3 ke atas Kwon Soon-woo untuk mara ke suku akhir, Terbuka Serbia.

Pemain nombor satu dunia itu, beraksi dalam kejohanan sebagai pemanas badan bagi permulaan Terbuka Perancis bulan depan, akan berdepan rakan senegara, Miomir Kecmanovic dalam kelompok lapan terakhir.

Kekalahan Djokovic kepada Evans adalah yang pertama dalam musim ini, begitupun dia bangkit mempamerkan permainan cemerlang ketika mencatat kemenangan kali ini dalam masa satu jam 10 minit.

Ia adalah penampilan pertamanya di negara kelahirannya sejak 2011, dengan ini adalah acara ATP pertama dianjurkan di Belgrade sejak 2012.

"Ia memberikan anda semangat yang tinggi, lebih motivasi, kekuatan untuk beraksi dengan sebaik mungkin dan meninggalkan semuanya di luar gelanggang." kata Djokovic kepada atptour.com mengenai aksi di gelanggang negara kelahirannya.

"Saya juga merasakan lebih selesa dan yakin di gelanggang malah saya beraksi dengan sangat baik. Saya sangat bangga dengan kualiti permainan tenis."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 10:19 AM