AKSI antara skuad hoki negara ketika menentang Belanda di Piala Dunia. FOTO Ihsan FIH/World Sports Pic
AKSI antara skuad hoki negara ketika menentang Belanda di Piala Dunia. FOTO Ihsan FIH/World Sports Pic
Jugjet Singh


Rourkela, India: Malaysia memulakan kempen Piala Dunia Hoki dengan langkah kiri apabila tumbang 4-0 di tangan Belanda sebentar tadi.

Bagaimanapun persembahan yang ditampilkan pemain-pemain negara menentang pasukan di ranking ketiga dunia itu boleh dibanggakan selepas tewas 7-0 empat tahun lalu.

Pada aksi pertama itu, pasukan Malaysia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol namun beberapa percubaan menerusi pukulan sudut penalti gagal disempurnakan.

Belanda sebaliknya berjaya memanfaatkan pukulan sudut penalti menerusi Thijs van Dam untuk gol pertama mereka, diikuti pukulan penalti selepas Amirul Azahar menolak pemain lawan untuk gol kedua menerusi Jip Janssen.

Malaysia cuba bangkit di suku ketiga untuk menguasai permainan namun gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Dua lagi gol Belanda disempurnakan Teun Beins pada minit ke-48 dan Jorrit Croon pada minit ke-60.

Anak buah Arul Selvaraj akan bertemu Chile pada Isnin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2023 @ 8:08 PM