MOHD Khairuddin (tengah) menyaksikan MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Berhad, Datuk Dr Ir Ts Mohd Abdul Karim Abdullah (duduk, dua kiri); Presiden Malaysia Esports Federation (MESF), Datuk Ananth S Nathan (duduk, dua kanan); Presiden Esport Selangor Association (ESS), Abdul Razak Mohd Yusof (duduk, kanan); dan Timbalan Canselor University Malaysia of Computer, Science and Engineering (UNIMY), Prof Datuk Ts Dr Mohd Razali Muhamad (duduk, kiri). FOTO Muhd Asyraf Sawal

Norzamira Che Noh

Shah Alam: Pembangunan Bandar e-Sukan Selangor (Selangor e-Sports City) yang dirancang kerajaan negeri dijangka siap pada penghujung tahun ini dan mula beroperasi tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman berkata, projek pembangunan bernilai RM10 juta itu mendapat kerjasama daripada syarikat swasta, Serba Dinamik Group Berhad serta persatuan e-sukan di peringkat Selangor serta Persekutuan.

"Perjanjian (Memorandum Persefahaman) yang dimeterai hari ini (semalam) adalah antara usaha syarikat swasta serta persatuan e-sukan dalam menyokong usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan pusat e-sukan terbesar di Asia Tenggara.

"Apa yang penting adalah ia boleh digunakan di pelbagai peringkat termasuk negeri, Persekutuan ataupun universiti," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pembangunan e-Sukan di sini, semalam.

MOU berkenaan dimeterai antara Serba Dinamik Group Berhad; Persekutuan e-Sports Malaysia (MESF); Persatuan e-Sports Selangor (ESS) serta Malaysia University of Computer Science and Engineering (UNIMY).

Mohd Khairuddin berkata, matlamat utama pembangunan Bandar e-Sukan Selangor adalah untuk mewujudkan ekosistem yang lengkap, tersusun dan sistematik.

"Pembangunan e-sukan berteraskan pembangunan bakat, pembangunan industri serta menjadikan pusat komuniti e-sukan terbesar serta menjadi akademi yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.

"Kita juga akan mewujudkan satu muzium atau arkib perkembangan sukan elektronik yang mengumpulkan koleksi game dan konsol dari era 80-an hingga 90-an," katanya.

Selain itu, hab e-sukan berkonsepkan Taman Tema Keluarga akan diwujudkan selain menyediakan 'battle arena' mengikut standard antarabangsa dan menjadi tuan rumah bagi pertandingan e-sukan di pelbagai peringkat, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 11:00 AM