JURGEN Klopp. FOTO Agensi
JURGEN Klopp. FOTO Agensi
Agensi

London: Bos Liverpool, Jurgen Klopp akui anak buahnya bakal berdepan ujian getir apabila turun berdepan Brighton di gelanggang sendiri malam esok.

Jelas Klopp, tiga mata penuh adalah buruan utama The Reds bagi mengintai peluang merampas kedudukan pertama liga ketika dua pesaing terdekat iaitu Arsenal dan Manchester City bakal bertemu sesama sendiri malam esok.

"Kami turun dengan misi tiga mata dan matlamat utama pasukan. Tetapi kami tahu betapa sukarnya menentang Brighton. Roberto melakukan kerja yang luar biasa di sana, ia adalah perlawanan yang berbeza menentang Brighton.

"Mereka bertambah baik sejak akhir-akhir ini, malah dalam beberapa perlawanan sebelum ini mereka menunjukkan persembahan cukup mengagumkan terutama menentang kelab besar," katanya.

Menurut Klopp lagi, anak buahnya tidak boleh memandang mudah sebaliknya perlu memberi fokus sepenuhnya kepada aspek permainan.

"Kami memerlukan suasana yang benar-benar baik dan pemahaman tentang permainan juga. Ini mengenai penguasaan bola, kami perlu memiliki lebih banyak penguasaan bola berbanding perlawanan baru-baru ini.

"Ia aksi yang dijangka sengit dan kami perlu lebih tenang dalam menyusun gerakan. Apapun aa akan menjadi sangat menarik, saya sangat teruja menantikan aksi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mac 2024 @ 10:30 AM