DE Zerbi dikaitkan calon terbaik menggantikan Klopp di Liverpool. FOTO REUTERS
DE Zerbi dikaitkan calon terbaik menggantikan Klopp di Liverpool. FOTO REUTERS
Agensi

London: Roberto de Zerbi muncul sebagai pilihan utama berbanding Xabi Alonso untuk menjadi pengurus baharu Liverpool menggantikan Jurgen Klopp.

Pengarah Sukan Liverpool yang baharu, Richard Hughes amat mengenali bos Brighton itu selepas pernah beraksi bersama-sama ketika menentang Itali pada zaman remaja.

Dengan Bayern Munich juga berminat mendapatkan khidmat ketua jurulatih Bayer Leverkusen, Alonso, The Reds mula beralih kepada De Zerbi, 44, sebagai bakal pengganti Klopp.

Liverpool sudah pun mengagumi sentuhan pengendali dari Itali itu sebelum dia menyertai Brighton pada 2022.

Tetapi selepas Hughes disahkan akan menyertai The Reds pada 1 Jun depan, ia mungkin lebih meyakinkan De Zerbi untuk berhijrah ke Anfield.

Hughes menghabiskan tahun-tahun awalnya dengan tinggal di Milan di mana bapanya bekerja untuk syarikat penerbitan Pearson.

Dia beraksi untuk Atalanta dan menentang De Zerbi, yang beraksi bersama AC Milan.

Pep Guardiola pula secara terbuka pernah menyatakan rakan sejawatannya di Brighton itu adalah seseorang yang boleh menggantikannya apabila dia meninggalkan Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mac 2024 @ 6:34 PM