REAKSI Xavi (tengah) ketika bertemu Villarreal. FOTO AFP
REAKSI Xavi (tengah) ketika bertemu Villarreal. FOTO AFP
AFP

Barcelona: Jurulatih Barcelona, ​​Xavi Hernandez berkata, beliau akan meletak jawatan pada penghujung musim selepas juara bertahan itu tewas 3-5 kepada Villarreal pada aksi La Liga, awal pagi tadi.

Selepas Real Madrid mempunyai kelebihan dua mata di tangga teratas berbanding Girona selepas kemenangan 2-1 di Las Palmas, tekanan mula dirasai Barcelona yang menduduki tempat ketiga.

Gerard Moreno dan Ilias Akhomach meletakkan Villarreal di hadapan sebelum Barcelona bangkit semula.

Ilkay Gundogan dan Pedri menjaringkan gol sebelum Eric Bailly menanduk masuk ke gawangnya sendiri untuk membolehkan pasukan tuan rumah mendahului perlawanan itu.

Bagaimanapun Goncalo Guedes merembat masuk pada minit ke-84 sebelum jaringan Alexander Sorloth pada masa kecederaan dan Jose Luis Morales menyaksikan Barcelona tewas sekali gus ketinggalan 10 mata di belakang pencabarnya, Madrid.

"Mulai 30 Jun saya tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih Barca... sebagai peminat Barca, saya rasa kelab memerlukan perubahan dinamik.

"Sebagai seorang di dalam kelab, saya fikir perkara terbaik adalah untuk saya pergi ... saya akan memberikan yang terbaik dalam empat bulan yang berbaki.

"Saya fikir kami dapat mengharungi musim yang baik dan akan berlaku perubahan yang dinamik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 January 2024 @ 8:01 AM