PORRO menjaringkan gol kemenangan Spurs menewaskan Burnley. -FOTO Reuters
PORRO menjaringkan gol kemenangan Spurs menewaskan Burnley. -FOTO Reuters
AFP

London: Gol hebat Pedro Porro membolehkan Tottenham melakar kemenangan 1-0 mengatasi Burnley yang kebal pada pusingan ketiga Piala FA.

Porro menjaringkan gol pertamanya musim ini ketika perlawanan berbaki 12 minit di utara London itu berjaya menyelamatkan Tottenham daripada prospek perjalanan yang tidak diingini ke Turf Moor untuk perlawanan timbal balik.

Kemaraan Tottenham ke pusingan keempat itu menjadikan ia kemenangan kelima daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan untuk mereka terus bangkit daripada kemerosotan sebelum ini.

Jurulatih Ange Postecoglou berkata, minggu ini bahawa adalah menjadi cita-cita Tottenham untuk memenangi trofi seperti Piala FA "setiap tahun."

Tanpa kejayaan besar sejak memenangi Piala Liga 2008, peminat Tottenham pastinya gembira jika mereka merangkul sebarang trofi pada masa ini, tidak kira pertandingan.

Kali terakhir mereka memenangi Piala FA daripada lapan koleksi yang diperoleh adalah pada tahun 1991 dan Postecoglou pastinya gembira jika berjaya menamatkan penantian yang lama untuk meraih piala kesembilan pada musim pertamanya sebagai pengurus.

"Kami sedikit membazir pada sepertiga terakhir. Cara perlawanan ini berjalan menunjukkan kami memerlukan sesuatu yang istimewa daripada seseorang dan Pedro melakukannya. Dia cemerlang sepanjang tahun," kata Postecoglou.

"Perlawanan piala ini adalah unik dan kami mara ke pusingan seterusnya jadi itu perkara utama."

Perjalanan ke Wembley bermula untuk Tottenham tanpa Son Heung-min yang bertugas di Piala Asia bersama Korea Selatan dan Pape Sarr yang berlepas untuk bermain bersama Senegal di Piala Negara-Negara Afrika.

Bagaimanapun pasukan Postecoglou adalah pasukan yang dominan walaupun tanpa Son dan Sarr.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 January 2024 @ 7:49 AM