CITY dijangka berpeluang rangkul gelaran keempat EPL. -FOTO AFP
CITY dijangka berpeluang rangkul gelaran keempat EPL. -FOTO AFP
Reuters

London: Manchester City mengumpul kurang satu mata dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 12 perlawanan berbanding musim lalu namun menurut syarikat penganalisis data Opta, mereka menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan keempat berturut-turut.

Penganalisis Opta meramalkan di mana setiap 20 pasukan akan menamatkan musim ini berdasarkan 10,000 simulasi kempen 2023-24, berdasarkan persembahan dan baki perlawanan yang dimasukkan ke dalam superkomputer.

Analisis dilihat memihak kepada pasukan Pep Guardiola dan membimbangkan buat Burnley.

Menurut Penganalisis Opta, City mempunyai kebarangkalian 84.6 peratus untuk menjulang trofi semula dengan Liverpool hanya diberi peluang 9.1 peratus dan Arsenal naib juara musim lalu dengan 5.6 peratus.

Menurut Opta, kekalahan berturut-turut Tottenham Hotspur itu menyaksikan peluang City untuk tidak dapat merebut gelaran buat kali keempat hanya 0.3%, sama seperti Aston Villa.

Manchester United yang kini berada di tempat keenam, diramalkan akan menduduki tempat ketujuh dan hanya mempunyai peluang 5.9 peratus untuk menamatkan saingan di empat teratas, walaupun prestasi mereka mula meningkat sedikit sejak kebelakangan ini.

Newcastle United mempunyai 25 peratus peluang untuk berakhir dalam kelompok empat teratas buat kali kedua berturut-turut manakala Chelsea diramal menamatkan kempen di tangga kesembilan.

Perkiraan Opta turut meramalkan tiga kelab tercorot, yang kini dihuni tiga kelab dari Liga Kejuaraan musim lalu, semuanya akan turun dengan pasukan tangga ke-20 Burnley pada kadar 86.9 peratus tersingkir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2023 @ 8:51 AM