SELANGOR menjuarai Piala Agong 2023. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
SELANGOR menjuarai Piala Agong 2023. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Juara bertahan Piala Emas Raja-Raja musim lalu, Selangor melaungkan amaran awal apabila memenangi Piala Agong dengan menewaskan pasukan Kuala Lumpur menerusi 1-0 di Stadium Mini UiTM Shah Alam, malam tadi.

Kejayaan menjulang Piala Agong itu seolah memberi petanda bahawa Selangor sudah bersedia mengharungi kempen Piala Emas Raja-Raja yang bakal membuka tirai pada Sabtu depan.

Saingan Piala Agong yang diibaratkan umpama aksi sumbangsih atau perlawanan pembukaan menyaksikan jaringan tunggal diraih menerusi Muhammad Asyraaf Rifqi pada minit 59.

Gol itu sudah cukup untuk menobatkan Selangor sebagai juara Piala Agong.

Hadiahkan kemenangan disampaikan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah, Datuk Azhar Husin dan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM), Mohd Firdaus Mohamed kepada kedua-dua pasukan selepas aksi itu.

Selangor membawa pulang trofi, medal dan hadiah kemenangan RM10,000 manakala Kuala Lumpur meraih RM5,000.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Oktober 2023 @ 12:17 AM