ANTARA aksi tangkas Aaron Ramsdale. FOTO Agensi
ANTARA aksi tangkas Aaron Ramsdale. FOTO Agensi
Agensi

London: Ketangkasan Aaron Ramsdale dalam menyekat percubaan penyerang Brentford memastikan Arsenal meraih kemenangan tipis 1-0 dalam kempen Piala Liga sekali gus mara ke pusingan keempat saingan itu.

Malah, kecekapan Ramsdale turut mendapat pujian pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang menyifatkan penjaga gol itu antara pemain terbaik kelab di posisi itu.

Sebelum ini, Ramsdale tidak diturunkan dalam tiga aksi di mana Arteta memilih David Raya untuk mengisi kesebelasan utama.

Begitupun, aksi mantap pemain England itu termasuk menafikan percubaan Yoane Wissa di minit 66 membuktikan Ramsdale masih penjaga gol nombor satu kelab itu.

Arteta akui gembira dengan aksi penjaga gol berusia 25 tahun itu, dan percaya keyakinan Ramsdale makin bertambah menjelang aksi berikutnya nanti.

"Ia aksi menyelamat yang hebat, ia penting dalam kemenangan ini. Saya yang membawanya ke kelab ketika semua orang mempersoalkan keputusan itu," kata Arteta.

Emile Smith Rowe memulakan permainan buat kali pertama musim ini untuk penampilan ke-100nya bersama Arsenal, manakala Charles Sagoe Jr membuat penampilan sulungnya untuk The Gunners.

Nelson berpeluang menambah jaringan di akhir permainan, tetapi percubaannya tersasar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 September 2023 @ 9:12 AM