AKSI Varane (kiri) ketika bertemu Nottingham Forest. FOTO AFP
AKSI Varane (kiri) ketika bertemu Nottingham Forest. FOTO AFP
Agensi

London: Raphael Varane mungkin akan diketepikan untuk tempoh lebih lama selepas mengalami kecederaan ketika menentang Nottingham Forest, Sabtu lalu.

Varane digantikan pada separuh masa kedua ketika United dikejutkan oleh skuad bimbingan Steve Cooper, yang menyaksikan pelawat medahului 2-1 selepas Tricky Trees meledak dua gol awal untuk Forest.

Meskipun gol sumbangan Casemiro dan Bruno Fernandes pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan United, status kecederaan Varane tetap mencetuskan kebimbangan.

Erik ten Hag selepas tamat perlawanan berkata keputusan untuk menggantikan pemain Perancis itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga, namun nampaknya kecederaan Varane mungkin lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Menurut laporan daripada Sky Sports, Varane berpotensi untuk tidak dapat beraksi sehingga enam minggu.

Laporan itu juga berkata keengganan United untuk membenarkan Harry Maguire meninggalkan kelab pada musim panas antaranya disebabkan sebagai langkah bersediaan jika apa-apa berlaku kepada Varane di masa akan datang.

Pemenang Piala Dunia itu sudah membarisi kesebelasan utama dalam ketiga-tiga perlawanan Liga Perdana setakat ini dan menjaringkan gol kemenangan ketika pasukannya memperoleh kemenangan tipis ke atas Wolves pada perlawanan pertama.

Varane menyertai Mason Mount dan Luke Shaw yang tidak akan beraksi apabila bertemu Arsenal pada Ahad ini dan dia dilihat tidak menyertai sesi latihan semalam.

Mount tidak dapat beraksi sejak mengalami kecederaan ketika kelab itu tewas kepada Tottenham, dan dijangka akan kembali selepas tempoh rehat antarabangsa bulan depan.

Sementara itu, Shaw mungkin akan diketepikan sehingga November.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Ogos 2023 @ 9:46 AM