PEMAIN Spurs meraikan kemenangan ke atas Bournemouth. FOTO AFP
PEMAIN Spurs meraikan kemenangan ke atas Bournemouth. FOTO AFP
AFP

London: Permulaan cemerlang Tottenham di bawah bimbingan Ange Postecoglou berterusan apabila James Maddison dan Dejan Kulusevski meledak gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Bournemouth untuk menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Anak buah Postecoglou setakat ini tidak mengendahkan pemergian penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab itu, Harry Kane ke Bayern Munich dengan pemain baharu Maddison menjadi teras utama kerja baik mereka.

Gol pertama pemain antarabangsa England itu dengan Tottenham pada minit ke-17 hanyalah ganjaran untuk penguasaan pelawat pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun Bournemouth kelihatan lebih berpeluang untuk menjaringkan gol pada babak kedua sebelum Kulusevski menyambut hantaran lintang Destiny Udogie selepas sejam beraksi.

Tahap kecergasan Maddison diragui selepas meninggalkan Stadium Tottenham Hotspur ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun pemain yang dibeli dari Leicester disahkan cergas dan sudah kelihatan semakin serasi dalam sistem Postecoglou.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 10:08 PM