AKSI penyerang Paris Saint-Germain, Mauro Icardi bersama kelab Perancis itu. FOTO Twitter
AKSI penyerang Paris Saint-Germain, Mauro Icardi bersama kelab Perancis itu. FOTO Twitter
Reuters

Istanbul: Pemain Paris Saint-Germain, Mauro Icardi kini dalam rundingan untuk berpindah ke Galatasaray, umum kelab di Liga Turkeyi itu.

Difahamkan, kelab yang berpengkalan di Istanbul itu sudah mengadapak perbincangan dengan wakil kelan PSG untuk menerbangkan penyerang Argentina itu.

Icardi sebelum ini beraksi untuk Galatasaray secara pinjaman dan berjaya membawa impak yang baik untuk kelab Turkeyi itu, di mana ia menjadi pendorong bagi pasukan mendapatkan khidmatnya secara tetap.

Sepanjang tempoh pinjaman itu, dia meledak 22 gol dan tujuh umpanan gol dalam 24 aksi liga bersama Galatasaray.

Sebelum ini, tonggak sayap Wilfried Zaha turut menyertai Galatasaray dengan menandatangani perjanjian tiga tahun awal minggu ini selepas kontraknya bersama Crystal Palace tamat.

Galatasaray memenangi rekod kejuaraan liga kali ke-23 Mei lalu, namun yang pertama buat mereka sejak musim 2018-19.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 10:22 AM