PEMAIN Luton meraikan kejayaan layak ke EPL musim depan. FOTO AFP
PEMAIN Luton meraikan kejayaan layak ke EPL musim depan. FOTO AFP
Reuters

London: Usaha Luton Town untuk memburu slot ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sedikit terganggu apabila Southampton menyambar pengurus kesayangan mereka, Nathan Jones pada awal musim ini.

Bagaimanapun, mereka berjaya membalasnya dengan menggantikan tempat kelab berkenaan selepas dinaikkan pangkat beraksi di EPL musim depan.

Jones sebelum ini membawa Luton layak secara automatik dari Liga Dua dan separuh akhir playoff Ligha Kejuaraan dalam tempoh dua musim namun meninggalkan kelab berkenan yang ketika itu berada di tangga kesembilan pada November lalu.

Selepas itu Rob Edwards hadir apabila diketepikan Watford dan Luton menawarkan kontrak tiga tahun setengah.

"Sejujurnya... jika kita mengelak semua orang yang mempunyai kaitan dengan musuh kita, pilihan kita akan menjadi lebih terhad," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Gary Sweet.

Selebihnya adalah sejarah apabila Luton menduduki tempat ketiga dalam Kejuaraan dan layak ke playoff selepas 14 perlawanan tanpa kalah.

Mereka menewaskan Sunderland pada separuh akhir selepas tewas dalam perlawanan pertama sebelum menewaskan Coventry City menerusi penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang di Wembley untuk kembali ke EPL teratas selepas 31 tahun.

"Kami (fikir kami) menghadapi masalah kerana apabila kami melakukan beberapa latihan, kami sangat teruk," kata Carlton Morris, penjaring terbanyak Luton musim ini.

"Menyenangkan buat semua pemain yang melangkah hari ini. Saya berkata ketika kami berborak bahawa sudah tiba masanya untuk menjadi pemain sebenar dan melangkah jauh. Kami menjaringkan enam daripada enam penalti dalam situasi tekanan tinggi."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 6:50 PM