REAKSI Klopp pada perlawanan hari ini. FOTO Reuters
REAKSI Klopp pada perlawanan hari ini. FOTO Reuters
Reuters

Liverpool: Ketika Liverpool terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Aston Villa yang melenyapkan harapan mereka untuk meraih tiket Liga Juara-Juara (UCL), pengurus Jurgen Klopp berkata, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian barisan pemainnya.

"Ia seri dan tidak mengapa,," kata Klopp pada sidang media.

Jelas Klopp, prestasi Liverpool pada musim ini sememangnya ditakdirkan untuk beraksi di Liga Europa dan bukannya Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun skuad bimbingannya tampil di Anfield sebelum perlawanan itu selepas memenangi tujuh perlawanan berturut-turut dan memberi ancaman di hujung musim.

"Sudah sekian lama kami tidak berapa bagus. Saya rasa kami menjadikannya

"Saya fikir kami menjadikannya cukup menarik. Saya tidak fikir mengenainya tujuh minggu lalu. Barisan pemain mempamerkan aksi terbaik sepanjang tempoh itu.

"Saya rasa orang ramai juga menyukainya. Anda boleh lihat mereka tidak marah kepada kami. Mereka menantikan musim baharu Liga Perdana dan musim liga Eropah. Begitu juga saya," katanya.

Jacob Ramsey meletakkan Villa di depan pada separuh masa pertama dan mereka dilihat mampu bersaing dengan tuan rumah untuk sebahagian besar perlawanan.

Bagaimanapun, penyokong di Anfield bersorak selepas pemain Brazil, Roberto Firmino yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol penyamaan dramatik pada minit ke-89 dalam penampilan terakhirnya di laman sendiri untuk Liverpool selepas lapan musim beraksi dengan kelab gergasi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2023 @ 6:52 PM