BENITEZ kembali ke Anfield dengan misi benam Liverpool. - FOTO REUTERS
BENITEZ kembali ke Anfield dengan misi benam Liverpool. - FOTO REUTERS
AFP

LIVERPOOL berdepan ujian getir berdepan bekas pengurus mereka Rafa Benitez yang akan kembali ke Anfield bersama Newcastle dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad.

Skuad Jurgen Klopp ternyata mempunyai keyakinan tinggi, selepas seketika berada di tangga kedua apabila menewaskan West Ham 4-1 Sabtu lalu sebelum Manchester United kembali memintas mereka dengan kemenangan ke atas Chelsea sehari kemudian.

Kemenangan terkini di Anfield membuktikan aksi bola sepak hebat Liverpool di bawah kendalian Klopp musim ini, menjaringkan 103 gol dalam 40 perlawanan semua kejohanan.

Sejumlah 66 daripadanya dikongsi menerusi gandingan tiga pemain utama iaitu Mohamed Salah, Roberto Firmino dan  Sadio Mane.

Liverpool sewajarnya menyedari bahawa bekas pengurus mereka Benitez tahu bagaimana membentuk pasukan yang mampu mengecewakan lawan. Liverpool pastinya bimbang terjebak dalam kesilapan seperti yang pernah dialami ketika kalah 0-1 kepada Swansea, 22 Januari lalu.

Pada ketika ini pengurus Swansea Carlos Carvalhal membayangkan Liverpool sebuah kereta Formula Satu yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, merujuk kepada bagaimana pemainnya bekerja keras untuk menghalang Salah, Firmino dan Sane.

Skuad Klopp menjaringkan 18 gol dalam enam perlawanan selelpas itu, namun kedua-dua pengurus dan pemain menyedari Newcastle juga mampu memberikan impak serupa.

“Ia perlawanan yang amat penting bagi semua dan saya fikir semua orang menantikan perlawanan itu,” kata pemain tengah Liverpool Emre Can.

“Saya fikir kami mempunyai asas yang baik untuk mengakhiri musim ini. Kami di tangga ketiga Liga Perdana, masih dalam kedudukan Liga Juara-Juara dan saya fikir kami berada dalam kedudukan yang baik.

“Setiap perlawanan bagaikan final. Kami perlu memberi tumpuan perlawanan satu demi satu dan Sabtu ini, pastinya perlawanan yang mencabar menentang Newcastle.” -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Mac 2018 @ 11:00 AM