PENYERANG Manchester City, Erling Haaland (kanan) menjaringkan gol keempat ketika menang 4-1 ke atas Arsenal, Selasa lalu. FOTO AFP
PENYERANG Manchester City, Erling Haaland (kanan) menjaringkan gol keempat ketika menang 4-1 ke atas Arsenal, Selasa lalu. FOTO AFP
Reuters

London: Berdasarkan tajuk berita selepas Manchester City membelasah pencabar, Arsenal, minggu ini, riben berwarna biru langit sudah boleh dililit pada trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Kemenangan 4-1 di Etihad ke atas Arsenal yang mendahului liga sejak awal musim meletakkan City dalam keadaan selesa untuk menentukan nasib mereka dan menjulang trofi sekali lagi.

Bagaimanapun, bos City, Pep Guardiola tidak mahu terlalu yakin untuk mengesahkan gelaran kelima dalam enam musim menjadi milik mutlak pasukannya.

Reaksinya ketika City menang pada perlawanan dianggap penentu kejuaraan itu cukup mudah difahami.

Ia adalah kemenangan ketujuh berturut-turut pada aksi liga buat mereka dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Arsenal, tetapi memiliki kelebihan dua perlawanan, walaupun pernah ketinggalan lapan mata pada satu ketika.

Jika menang di Fulham, Ahad ini, City akan menjadi pendahulu liga dan menyaksikan gelaran semakin hampir, lebih-lebih lagi apabila melayan pasukan bermasalah, West Ham United dan Leeds United di tempat sendiri, selepas ini.

Bagaimanapun, Guardiola tetap mahu berwaspada.

"Saya dapat merasakan tiga perlawanan berikutnya akan menjadi penentu arah," katanya.

"Fulham datang daripada Liga Kejuaraan dan musim ini memang menakjubkan. Kemudian kami melayan kunjungan Leeds dan West Ham. Kami selesa di sini dengan sokongan padu penyokong."

Selepas dibelasah City, Arsenal berpeluang merawat luka dan menghidupkan perjuangan apabila melayan Chelsea pada Selasa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2023 @ 9:24 PM