MESSI (kiri) meraikan jaringannya bersama Mbappe. FOTO Reuters
MESSI (kiri) meraikan jaringannya bersama Mbappe. FOTO Reuters
AFP

Paris: Lionel Messi meledak gol ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menang 3-1 di tempat sendiri ke atas Lens, awal pagi tadi sekali gus kekal unggul di tangga teratas.

Gol awal permainan menyaksikan pasukan pelawat yang juga seteru utama berebutan kejuaraan liga musim ini, pulang dengan kekecewaan.

Lens, yang sebelum sepak mula kurang enam mata di belakang pendahulu liga PSG, tampak berbisa sehinggalah pemain tengah Ghana, Salis Abdul Samed dibuang padang kerana mengasari Achraf Hakimi pada minit ke-19.

Itu mengubah segala-galanya, dan selepas berakhir separuh masa pertama, tuan rumah sudah mendahului tiga gol dalam tempoh 10 minit menerusi sumbangan Kylian Mbappe, Vitinha dan kemudian Messi.

Przemyslaw Frankowski menyumbang gol saguhati untuk Lens menerusi sepakan penalti minit ke-60.

Keputusan berkenaan menyaksikan penyandang juara itu mempunyai kelebihan sembilan mata di depan Lens di tangga kedua.

Ini bermakna, PSG hanya menunggu masa untuk melakar rekod kejuaraan liga ke-11.

"Kita tidak boleh berfikir bahawa ia sudah selesai. Kami perlu kekal serius dan berazam untuk mengekalkan kedudukan pendahulu dan tidak memberi sebarang harapan kepada pasukan mengejar kami," kata jurulatih PSG, Christophe Galtier.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 8:37 AM