KAIN sepanduk yang menggesa Glazers keluar dari Old Trafford dikibarkan ketika final Piala Liga di London.
KAIN sepanduk yang menggesa Glazers keluar dari Old Trafford dikibarkan ketika final Piala Liga di London.
Agensi

London: Proses pemilikan baharu Manchester United bakal ditunda sehingga Mei depan selepas keluarga Glazers mahu memastikan nilai penjualan £6 bilion (RM32.4 bilion) tercapai, menurut laporan semalam.

Beberapa bidaan untuk membeli kelab Old Trafford diterima sejak dua minggu lalu dengan Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dan bilionair Britain, Sir Jim Ratcliffe kedua-duanya menawarkan £4.5 bilion (RM24.29 bilion) tetapi harapan untuk memuktamadkan pembelian pada penghujung Mac mungkin tidak kesampaian.

Menurut The Guardian, keluarga Glazers dikatakan tidak bersependapat dalam penjualan Manchester United dan bakal ditunda sehingga tamat musim ini.

Sportsmail melaporkan mereka yang menawarkan bidaan untuk membeli kelab Old Trafford dijangka mendengar semula tawaran dalam proses yang akan diadakan minggu ini.

Man Utd menjuarai trofi pertama mereka sejak 2017 selepas menewaskan Newcastle 2-0 dalam aksi final Piala Liga pada Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 12:46 PM