RASHFORD kembali mengganas. -FOTO AFP
RASHFORD kembali mengganas. -FOTO AFP
Agensi

London: Marcus Rashford menyasarkan untuk menjaringkan gol terbaik sepanjang kariernya musim ini selepas menambah jumlah gol ketika Manchester United melakar kemenangan Liga Perdana menewaskan Nottingham Forest awal pagi tadi.

Skuad Erik ten Hag kembali beraksi di liga utama dalam keadaan menyedihkan di Old Trafford namun meneruskan penguasaan dengan kemenangan 3-0.

Rashford yang bergelut mengharungi kempen 2021-22 yang sukar, kembali menyinar apabila menjaringkan gol pembukaan sebelum membantu gol kedua.

Jaringan itu menjadikan jumlah gol yang dijaringkannya kepada 10 dari 21 perlawanan dalam semua pertandingan untuk United tahun ini dan pemain berusia 25 tahun itu mengakui dia mempunyai sasaran lain dalam fikirannya.

"Setiap penyerang sentiasa ada nombor yang mereka mahu cuba dan capai," katanya.

"Bagi saya, saya mahu menjaringkan lebih banyak gol daripada yang pernah saya jaringkan dalam semusim. Saya fikir mungkin 22 atau 23. Saya menikmati apa yang saya lakukan ketika ini.

Musim terbaik Rashford bersama United adalah ketika kempen 2019-20 apabila dia menjaringkan 22 gol di peringkat kelab dan pasukan mara ke separuh akhir Piala FA, Piala EFL Cup dan Liga Europa.

Selepas kekecewaan musim lalu di bawa kendalian Ralf Rangnick, Rashford menikmati perubahan di bawah kendaliannya Erik ten Hag dan berkata, prestasinya bertambah baik bersama skuad sejak pengendali Belanda itu mengambil alih tugas.

"Kami memang lebih banyak perlawanan dan saya fikir tahap permainan kini jauh lebih tinggi," katanya.

"Saya gembira dengan cara kami berkembang pada masa ini dan diharapkan kami dapat terus bermain."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2022 @ 9:50 AM